24 November 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

               BULAN RAMADHAN IALAH BULAN UNTUK UMAT ISLAM MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SETERUSNYA MENAHAN DARIPADA MALAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG MEMBATALKAN PUASA. BULAN INI PENUH BARAKAH DAN KEBAIKAN. JUSTERU ITU, TIDAK HAIRAN PADA BULAN INI UMAT ISLAM BEREBUR-REBUT SERTA BERLUMBA-LUMBA UNTUK MEMPERBANYAKKAN IBADAH. TAMBAHAN PULA, ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA TELAH MENJANJIKAN PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA KEPADA SESIAPA YANG MELAKUKAN IBADAH-IBADAH DENGAN HATI YANG IKHLAS.


              DARI ABU HURAIRAH R.A, RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALAM BERSABDA MAKSUDNYA: "TELAH DATANG KEPADAMU BULAN RAMADHAN, BULAN YANG DIBERKATI DAN DIREDHAI, ALLAH MEWAJIBKAN KEPADAMU UNTUK BERPUASA, PADA BULAN INI PINTU-PINTU SYURGA TERBUKA LUAS MANAKALA PINTU-PINTU NERAKA TERTUTUP RAPAT DAN PARA SYAITAN DIIKAT, JUGA TERDAPAT PADA BULAN INI MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN IAITU MALAM LAILATUL QADR, SESIAPA YANG TIDAK MENDAPAT KEBAIKANNYA MAKA DIA TIDAK MEMPEROLEH APA-APA...."

No comments: