24 November 2010

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

SOALAN 1
 1. APAKAH YANG PALING DEKAT DENGAN DIRI KITA DI DUNIA INI ???

SOALAN 2
2. APAKAH YANG PALING JAUH DARI KITA DI DUNIA INI ???

SOALAN 3
3. APAKAH YANG PALING BESAR DI DUNIA INI ???

SOALAN 4
4. APAKAH YANG PALING BERAT DI DUNIA INI ???

SOALAN 5
5. APAKAH YANG PALING RINGAN DI DUNIA INI ???

SOALAN 6
6. APAKAH YANG PALING TAJAM/BERBISA SEKALI DI DUNIA INI ???

JAWAPAN 1
YANG PALING DEKAT DENGAN KITA ADALAH "MATI". SEBAGAIMANA JANJI ALLAH BAHAWA "SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI." ( SURAH ALI-IMRAN : 185 )

JAWAPAN 2
YANG PALING JAUH DENGAN KITA ADALAH "MASA LALU". BAGAIMANAPUN KITA, APAPUN KENDERAAN KITA, TETAP KITA TIDAK AKAN DAPAT KEMBALI KE MASA LALU. SEBAB ITULAH KITA MESTI MENGISI HARI KITA DENGAN PERKARA YANG BAIK.

JAWAPAN 3
YANG PALING BESAR ADALAH "HAWA NAFSU". "MAKA KITA HARUS BERHATI-HATI DENGAN NAFSU KITA DAN JANGAN SAMPAI NAFSU KITA MEMBAWA KITA KE NERAKA." ( SURAH AL-A'RAF : 179 )

JAWAPAN 4
YANG PALING BERAT ADALAH "MEMEGANG AMANAH". TUMBUH-TUMBUHAN, BINATANG, GUNUNG n MALAIKAT TIDAK MAMPU KETIKA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MEMINTA MEREKA MENJADI KHALIFAH DI DUNIA INI. TETAPI MANUSIA DENGAN SOMBONGNYA BEREBUT-REBUT MENYANGGUPI PERMINTAAN-NYA SEHINGGA RAMAI YANG TELAH MASUK KE NERAKA KERANA GAGAL MEMEGANG AMANAH. ( SURAH AL-AHZAB : 72 )

JAWAPAN 5
YANG PALING RINGAN ADALAH "MENINGGALKAN SOLAT". GARA-GARA URUSAN DUNIA, KITA SANGGUP MENINGGALKAN SOLAT.

JAWAPAN 6
YANG PALING TAJAM/BERBISA ADALAH LIDAH MANUSIA. KERANA MELALUI LIDAH, MANUSIA DENGAN MUDAHNYA MENYAKITI HATI SAUDARANYA SENDIRI.

WALLAHU'ALAM...

No comments: