05 February 2012

CINTA DIBALAS CINTA !!

‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Hari ni 12 Rabi'ul Awwal .
Tarikh di mana PEMIMPIN TERULUNG kita , Muhammad Sallallah 'Alaih Wasalam lahir ke Bumi .

Hidup Baginda penuh dengan CAHAYA KEBENARAN . Jasadnya berjalan ke sana sini bagi menyebarkan wasilah da'wah yang diamanahkan ALLAH kepadanya . Lumrah hidup , rambut sama hitam hati lain lain . Baginda diancam , dihina , dikeji oleh sesetengah masyarakat . Namun ada juga yang menerima da'wah Baginda . Walau dihalau , Baginda
tidak pernah mengenal erti penat lelah menyebarkan da'wah Islamiyah . Betapa tabahnya Baginda !!

Baginda lahir membawa cahaya terang benderang , Baginda wafat meninggalkan DUA :
- Al Quran
- As Sunnah

2 itu kalau kita pegang dan amalkan dalam hidup kita , insyaALLAH selamat dunia akhirat . 

Rasulullah masih ingat pada kita , ummah Baginda walau sedang perit menahan sakit menghadapi sakaratul maut . Baginda pernah menyatakan betapa rindunya Baginda pada kita . Nahh ,, dalamnya cinta Baginda pada kita . CINTA HARUS DIBALAS CINTA ! Mari kita membuktikan cinta kita pada Baginda dengan selawat padanya , mengingati baginda , mengikuti sunnahnya , mengamalkan yang diperintah oleh ALLAH etc .

Cinta Rasulullah ibarat jambatan menuju Cinta ALLAH .

NUHIBBUKA YA RASULULLAH !!

No comments: