04 December 2015

Buli : Kau Rampas Hak Aku?!

‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Kes buli dalam kalangan rakyat Malaysia memang menjadi topik perbualan yang hangat dibicarakan dewasa kini. Apakah punca-punca yang sebenar? OH CHOPP!! Definisi buli itu sendiri, anda faham?
Pada pendapat akulah, buli ni bermakna MENCANTAS hak seseorang individu. Paling penting, hak dia sebagai seorang manusia. Sebagai sebaik-baik ciptaan. APA? TAK FAHAM?

Ok macam ni. Skop hak-hak tersebut bukan hanya setakat lahiriah, iaitu harta (minta duit) dan jasad (tindakan mencedera). Tapi termasuk juga hati. PSIKOLOGI mereka bang! Dengan mencerca status, menghina keturunan, dan segala macam tindakan yang kita buat, yang mana dapat MENOREH luka di HATI mereka. Hak apakah yang dirampas itu? Hak apa? Hak mereka untuk BAHAGIA. TENANG. HARMONI.

Dan perlu aku nyatakan di sini, dera and buli, for me are totally SAMA ok. Harap pihak yang berkenaan terasa selamanya. 

Aku sedih. Sedih tengok anak-anak muda sekarang. Yelah, mana tak sedihnya. Kegagalan sahsiah anak-anak muda sekarang bermakna GAGALNYA kami yang terdahulu. 

Adik,
adik buli orang sebab apa dik? 
Adik nak kemegahankah?
Biarpun begitu, ini bukan caranya.
Mengapa tidak berusaha dalam pengajianmu,
yang mana bakal membuahkan kebanggaan 
pada setiap jiwa di sekelilingmu.

Adik,
adik buli orang kenapa?
apa tidak cukup wang belanjamu?
Kalau benar, mohonlah biasiswa.
Tapi aku yakin adikku,
jikalau kau tetap begitu,
biasiswa juga pasti tidak memadai.
Kasihan aku padamu.
Terlalu banyak ya keperluan asas yang harus dibeli?
Makan, minum, pakaian dan tempat tinggal sahaja
mana cukup!
Rokok, kad mainan, ps2, ps3, psp belum beli lagi kan?
Oh, vape pun penting, release beban lah katakan.
Tiada semua itu matikah dikau adikku sayang?

Adik, 
hentikanlah semua lakonan ini.
Aku tahu,
di hatimu masih ada ruang untuk mengisi ketaatan dan kebaikan.

Kerna kau kami sayang, maka
dengarilah rintihan kami ini.
Tolong, bantu diri kamu sendiri.
There's a door, and you've the key.
Just step forward, and open the door.
Remember.
If there's a will, there's a way.

Akhir kata, maafkan keterlanjuran kata. Mungkin ada tampak berbisa atau kurang budi bahasa. Maafkan aku.

Cuma satu,
Seandainya kau sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Lalu anakmu itu diperlakukan seperti di dalam video di bawah, apakah perasaan anda? Itu sahaja.
Wallahua'lam.


02 December 2015

Baik Hati : Lelaki vs Wanita

‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Dalam dunia ni, ada macam-macam orang. 
1001 warna rambut, 1001 rupa paras, dan 1001 ragam. Dan jangan lupa, ada 1001 mentaliti, fikrah dan ideologi.

Manusia. Secara cliche nya aku nak kata, ada orang yang baik dan ada yang sebaliknya. Sometime, perbuatan mereka sama, tapi niat berbeza. Dan ada yang matlamat serupa, tapi perlakuan yang ditonjolkan adalah berlainan. Jadi, susah kita nak menebak/meneka/mengecam apa yang mereka maksudkan, apa yang mereka rasa dan apa yang mereka fikirkan.

Sebab apa? Sebab semua ni berkaitan dengan sesuatu yang kita tak nampak. Benda tak nampak, tapi ia wujud. Apa dia? Semua tulah, perasaan, fikiran dan yang seangkatan dengannya.
Aku sebenarnya tak tahu nak sampaikan macam mana, sebab tu rasanya anda yang membaca tak faham point dia kan? Hahaha. Kesian pulak aku. Tapi takpe, rasa nak teruskan membaca, teruskan. Nak pangkah, silalalalalakan. 

Macam nilah, aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku bertemu dengan orang baik hati. 
Suatu hari, aku nak balik. Dari Kota Bharu ke Pasir Puteh. Dan bas yang aku nak naik kalau boleh pukul 3.00. So, aku tak sempat makan lepas balik sekolah pukul 2. Maklumlah, aku ni jenis kemas baju ni last minute. Tapi, ada lah sebab yang bagi aku relevan lah juga. Haha. Tapi tak boleh mention kat sini, karang tak munasabah anda-anda sekalian membahan aku lah pulak kan.

So, back to my story, lepas selesai solat Zuhur dan kemas barang, aku pun bergegas ke stesen bas. Alhamdulillah, bas pun tak sampai lagi. Perut aku pulak baru beli mp3. Macam-macam lagu lah yang berbunyi. Jadi aku pergi ke gerai yang berhampiran untuk memenuhi permintaan perut yang kusayang ini. Aku beli kerepok RM1 dan air RM1. Masa nak bayar, buka purse nampak RM50 sehelai. (Sehelai ke penjodoh bilangan dia?)

Aku agak panik lah time tu. Tapi dah nak buat macam mana, aku hari tu tak berteman lah pulak. Kalau tak, boleh pinjam duit kawan dulu. Dengan muka tebal, aku hulurkan RM50 kat makcik tu. Anda-anda rasa apa yang terjadi? Alah, sah-sah lah makcik tu tak terima. Dia takde duit pecah dah nak bayar baki. Memang taklah aku nak menghalalkan duit tu senang-senang je time tu, kalau tak alamatnya tak baliklah aku. Tiba-tiba, seorang pemuda (aku tak tahu nak guna kata ganti nama apa) sebelah aku kata kat aku, 

"Adik, biar abe belanja. Dua riyal jah key??"
Aku pandang muka dia sambil buat muka blur. Bukan apa, aku konfius dia bercakap ngan siapa? Sebab sebelah kiri aku ada seorang pemudi ni. Tapi aku tengok muka dia macam tiada reaksi apa-apa sambil sibuk bayar makanan yang dia beli. Tapi memang time tu aku berdri tercegat sambil pandang muka pemuda tu tak berkelip. Hahaha. Kalau orang lain nampak confirm salah faham. Sebenarnya aku tengah berfikir dan mencari bukti-bukti kukuh untuk membenarkan firasat aku bahawasanya pemuda tu kata nak belanja aku. Kang terperasan tak ke malu setahun aku. Dia yang perasan aku pandang dia macam dah tak bernyawa ni toleh ke kiri sambil senyum kiut dan berkata,

"Takpo. Abe belanja."  
Aku speechless. Tak tahu nak kata apa. Sambil tunduk pandang air aku senyum sikit dan kata terima kasih and terus pergi. Bukan apa, aku takut tercair jugak kat situ je. Paham-paham jelah.

Cerita kedua.
Aku pergi lawatan kelas aku dekat salah satu resort kat Bachok. Lawatan release tension, maklumlah dah habis exam. Lepas solat Zuhur hari terakhir kitorang di situ, aku pergi ke kedai dalam resort tu. Teringin nak makan ais krim. Kebetulan dahaga sangat. So, total yang aku beli semuanya RM6. Tapi, pemuda merangkap cashier merangkap tuan kedai tu lah kut, sebab kedai kecik je, sambil sengih dia kata macam ni,

"Berapa ea sumo? (Kira) Hmm, enam riyal. Err, takpolah dik, empat riyal jelah."
Aku yang kebingungan terus bayar jelah RM4. Untung memang untung, tapi kenapa kawan aku tak pulak dia bagi diskaun. Nak kata dia ingat aku tak cukup duit memang mustahil sebab purse pun aku tak bawa keluar lagi time tu. Tapi tulah yang aku nak cerita. Dunia ni ada juga orang yang baik. Jangan lah anda terpengaruh sangat dengan drama tv yang penuh dengan watak antagonis tu. But still, we've to beware. Haha. Itu sahaja pengalaman yang aku nak kongsikan. Ada banyak, tapi takkan nak share semua kan. Anda pun bukan nak baca sangat pun nanti.

Just satu persoalan yang bermain di minda, kenapa semua stranger/orang yang aku tak kenal di luar sana yang baik hati berdasarkan pengalaman aku ni semuanya LELAKI ya? Adakah wanita kurang baik hatinya berbanding lelaki? Sama-sama kita kupas di episod yang akan datang. Selamat baik hati semua !!

19 March 2015

Bersabarlah

 السلام عليكم
‎بسم الله الرحمن الرحيم

"Aku dah tak boleh sabar ngan dia ni!"
"Kesabaran aku dah habis!"
"Sabar, sabar juga. Sabar ada batasnya!"


Apa ni marah-marah?
SABAR BOLEH TAK?!

Kehkehkeh. 

Sabar? Apakah?
Sabar : Menahan(mengawal) diri daripada marah.

Aku bagi ta'rif pendek je tentang sabar. 
Bagi panjang-panjang confirm awak-awak semua ni klik pangkah
kat atas ni. Macam lah aku tak tahu. Kehkeh.

1. Sabar - There's no LIMIT !!
2. Sabar itulah UBAT !!
3. Sabar - Kita MAMPU !!

Eh, siapa kata sabar tu ada limit? Siapa kata sabar tu ada batasnya?
Kalau awak... awak yang membaca sekarang ni berpendapat sebegitu rupa, takpelah.
Tapi, harap awak-awak sambung baca entri ini sampai habis.

Sabar. Allah banyak berfirman dalam Al-Quran supaya bersabar.
Marah? SABAR.
Sedih? SABAR.
Kecewa? SABAR.

Allah yang menjadikan semua benda yang kita nampak dan juga tak nampak. Paling penting, Allah lah yang menciptakan manusia. Sebagai khalifah di bumi.

Malah, semua perasaan kita Allah yang cipta. Jadi, sudah tentulah Allah yang ada penawarnya.
Ibarat aku ni seorang yang mencipta satu virus ni, vaksin dia pun mestilah yang tahu ialah AKU!
Nampak tak sekarang?
Apa? Tak nampak? Kalau tak nampak pendd... Err...

Ya, begitu jualah sabar. Allah suruh kita sabar sebab sabar tu takde limit. Kalau Allah tahu sabar ada limit, kenapa Allah suruh kita sabar? Cuba kembangkan otak anda dengan berfikir tentang ni sejenak.
Dan sabar itulah juga ubat kepada semua perasaan negatif tu. 

Ingat sahabat, 
Allah cipta kita.
Allah kenal diri kita, lebih daripada kita.
Allah tahu segalanya.

Jadi, jangan bantah kata Allah!

Bersabarlah.
Anda mampu sebenarnya.

Akhir kata, 
Inginku bingkiskan warkah cinta daripada-Nya,
Istimewa buat hamba-hambaNya yang dikasihi.

Al-Baqarah : 25
Al-Anfal : 46
Ali-Imran :146
Al-Baqarah : 155
Ali-Imran : 125
Ali-Imran : 186
Al-Furqan : 75
Saba' : 190

"Ya Allah, kenapa sukar untuk aku membelek halaman kalam-Mu sedangkan membelek laman di Internet sangat mudah bagiku?"

"Ya Allah, seandainya hati ini sudah keras seperti batu, kau gantikanlah ia dengan hati yang baru."

18 March 2015

#2 - Cara Untuk Mencantikkan Ruangan Komen

‎بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم


Setelah 3 tahun tak buka blog, macam-macam jadi kat blog ni. 
Tak nak cerita panjang. Sebab aku dah membebel banyak dalam entri ini

Pada coretan hambar ku ini, aku nak kongsikan cara mencantikkan ruangan komen.
Bagi yang baca blog aku selalu (ada ke? kehkeh), mesti pernah tahu yg aku pernah buat tutorial ni. Tapi...

Aku buat tadi, TAK MENJADI PUN ?!
So, aku pun main tekan-tekan, ubah kedudukan, cari coding lain yang macam sesuai. 
ALHAMDULILLAH !
Akhirnya, menjadi jugak. 

1. Dashboard - Template - Edit HTML - Ctrl + F

2. Cari kod ni :

#comments .comment-author {
3. Dah jumpa? Okay. Korang akan jumpa :

#comments .comment-author {
  padding-top: 1.5em;
  border-top: dashed 1px #ccc;
  border-top: dashed 1px rgba(128, 128, 128, .5);
  background-position: 0 1.5em;
}

4. So, korang gantikan kod kat step no. 3 dengan kod kat bawah ni :

#comments-block .comment-author{
background:#000000 !important;
-moz-border-radius: 40px 10px;
border-radius: 40px 10px;
padding:5px;
font-size:15px;
font-weight:bold;
border:4px dashed #000000;
}
#comments-block .comment-body{
margin: 0;
font-size: 15px;
border-left: 1px solid  #000000;
border-right: 1px solid #000000;
margin-top: -5px; /*position*/
padding: 5px;
}
#comments-block .comment-footer{
margin:0;
font-size: 13px;
font-weight: normal;
margin-bottom: 20px;
border-left: 2px dotted #000000;
border-right: 2px dashed #000000;
border-bottom: 2px solid #000000;
-moz-border-radius: 15px 10px;
border-radius: 15px 10px;
margin-top: -12px; /*position*/
padding: 5px;
5. Merah : Tukar warna
    Biru : Bentuk / Kadar lengkung dia - Korang just try n error je :)
    Oren : Jenis garisan
    Hijau : Ketebalan garisan

* Nak cari kod warna? Boleh ke ----> SANA
6. Preview. Kalau takde error. SAVE ! SIAP !
ALHAMDULILLAH ^_^

 

Cara Remove Subscribe To: Posts (Atom)

‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Tadi duk cuci mata tengok blog sendiri.
Nak cari kecacatan yang ada dalam blog ni.
Kehkeh. Rajin semacam je malam ni.
Tiba-tiba, nampak macam sakit pulak mata ni.
Kenapa ya?
Oh. rupa-rupanya angkara makhluk ni.
Ia sejenis bom yang boleh meletupkan komputer/laptop yg anda guna !
BAHAYAAAA !!

APAA?
Ni lahh ! ----> Subscribe to: Posts (Atom)

Kehkehkeh.
Krikk krikk. 
Eh, tak lawak ke?
Tak lawak pun takpe lah. HAHA

Jadi, aku nak ajar cara nak DEFUSE THE BOMB .
Sir, please defuse the bomb. Err, defuse the bomb sir ! BOOM ! O' man..
Kehkeh. Teringat game yg aku main dulu.

"Cakap banyak pulak, mana caranya?"

Okay, sabar ye boss!

1. Dashboard - Template - Edit HTML

2. Ctrl + F dan cari :

<!-- feed links --> 
3. Then, korang akan jumpa macam ni:

<!-- feed links -->
<b:include name='feedLinks'/>  
4. So, korang alih yang dibirukan tu supaya jadi macam ni:

<!-- feed links
<b:include name='feedLinks'/>   -->
5. Preview. No error? SAVE ! 

Cara Remove Attribution

‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم 


Malam ni nak kongsi cara nak buang ATTRIBUTION .
Hah, tahu ke tidak attribution tu apa??
Alah, cer scroll ke bawah sekali, yang ada tulis,
"Powered by Blogger" etc tu lah.

"Kenapa nak buang pulak?"

"Sebab bukan Blogger yang power, blog ni aku yg design. So, aku lah yg power!"

HAHA. Lawak la korang ni. (Taklawakpunsebenarnya)
Okehh. Tak banyak masa yg ada. So, let's do it now!

1. Dashboard - Template - Edit HTML
2. Bila dah keluar code-code html tu, korang klik sekali dekat ruangan codes tu.
3. Pastu, tekan Ctrl + F

4. Taip perkataan ni :

Attribution1
5. Dah jumpa macam ni :

 <b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>
6. Kat perkataan 'true' tu, ubah kepada 'false'.

7. Preview, kalau takde error, tekan SAVE !

8. Yeyy! Eh? Siap dah ke? Belum lagi lah.

9. Pergi kat Layout.

10. Scroll sampai bawah sekali. Ada satu widget bernama 'Attribution' kan? Klik benda tu. Akan     keluar satu window kecil. Macam yang kebiasaan lah. Ada button, SAVE | CANCEL | REMOVE

11. Tekan button REMOVE. Done.

Selamat Mencuba,
Semoga Berjaya.














06 January 2015

Keyakinan Dan Harapan Bahagian 1



بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Tahun 2015 dah sekarang. Sedar tak sedar hari ini dah hari ke-6 bagi tahun 2015. Sedar tak sedar kita dah semakin berumur. Sedar tak sedar dunia hampir qiamat. Dan sedar tak sedar MATI menghampiri kita. 

Memandangkan kini baru menginjak ke tahun 2015, rasanya belum ada cerita yang menarik untuk aku kongsikan. Jadi, jom ikuti FLASHBACK 2014 !!

Okay, aku merupakan seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Tak kenal takpe. Google je nanti. Keh keh keh. Bagi aku, seumur hidup aku yang penuh liku, tahun 2014 merupakan tahun kesedihan la juga. Tahun ni lah tahun yang membuka mata aku bahawa dalam dunia ni ada 1001 jenis manusia. Seribu satu perangai. Seribu satu hati yang perlu dijaga. 

Seumur hidup aku, ramai orang yang aku jumpa kata aku ni seorang yang pelik. Pelik dari segi apa aku pun tak pasti. Keh keh keh. Aku rasa aku ni manusia yang normal lagi. Tapi isu tu kita ketepikan je. 

Banyak masalah yang menimpa aku sepanjang tahun 2014. Seakan-akan memang ditakdirkan aku diuji 100% untuk tahun tu. Lepas selesai satu, datang pula lagi satu. Tapi aku rasa terpanggil untuk bercerita tentang satu pengalaman yang aku harap tak berulang. Yang aku harap korang boleh ambil pengajaran. Dan paling penting, aku harap pengalaman ni menjadikan aku seorang yang terus bangkit berjuang dan belajar daripada kesilapan. 

Aku tak pernah rasanya ada masalah dengan orang. Maksud aku bergaduh, lebih kurang lah. Heh panjang pulak muqaddimahnya. Keh keh. Okay cerita dia macam ni. Aku ada seorang kawan ni. Tapi tak sebaya. Means dia ni sama ada junior ataupun senior, itu rahsialah. Mana tahu ada pelajar MMP yang tersesat masuk blog aku ni. Tak pasal-pasal jadi isu lain pulak. 

Aku dengan dia kira rapat la juga. Tapi hakikatnya tak pun. Nampak je macam rapat. Mungkin sebab kawan rapat aku rapat dengan dia. Sebab tu kut. Kawan rapat aku ni dia tersangatlah rapat dengan si dia ni. Tapi, sikap si dia yang mesra alam menyebabkan kawan rapat aku ni rasa meluat. Aku tak reti nak kata macam mana perasaan dia tu. Lebih kurang meluat la. Ataupun sopan sikit tidak menyenangi lah kan. Okay mesra alam macam mana ye? Aku ni tak pandai berkata-kata. Mesra alam maksud aku macam ni, dia ni seorang yang overjoyed, ataupun happy go lucky lah orang panggil. Entahlah. 

Aku ringkaskan kawan rapat aku ni sebagai 'KR' ye. Letih menaip. Keh keh keh. Okeh, tapi KR aku ni takdelah benci si dia. KR aku ni kira alim(banyak ilmu) orangnya. Orang pemes kut. Mungkin sebab tu aku kena tempias kepemesannya tu. Aku? Aku... aku ni gila-gila. Kenalah cari orang hebat untuk dijadikan pembimbing. Tak gitu? Keh keh. 

Nak dijadikan cerita, birthday si dia ni dah dekat. Tiba hari birthday tu, masa tu awal Ramadhan. Lepas tarawih kat masjid bersama pelajar asrama yang lain, aku gi kantin dengan KR. Ada morih. Free pulak, takkan nak lepas. Keh keh. Tapi sebenarnya aku ditugaskan (pehh ayat) untuk teman dia. Sebab hari tu birthday si dia, so KR dah ada date (keh keh) dengan si dia kat kantin tu. Katanya nak bagi hadiah. Aku pun tumpangkan hadiah aku yang tak seberapa ni kat dia. Aku bagi barang aku sendiri je. Keh keh. Tapi lawa jugak aku rasa. (Angkat bakul sendiri nampak??)

Petag tadi tu KR ada cakap kat aku yang dia ada tulis surat jugak. Aku ignore je lah. Aku ingat surat macam kad ucapan ke. Normal lah kut bagi aku. Takde pulak terasa nak paksa dia bagi aku baca. Keh keh. Tiba-tiba jadi baik time tu. Okay back to that time, dia pun sampai ngan geng dia. (Geng surau kut, keh keh) Dia happy sangat-sangat sambil malu kura-kura dapat hadiah tu. Aku duk berbual dengan kawan dia. Yang tu aku tak nak cerita. Sebab agak menyakitkan jugak tapi .. ahh back again to the story. 

Keesokan harinya, dalam kelas, KR luahkan something yang membuatkan aku bengong bingung seketika. Dia kata, "Iqah, aku takutlah kalau **(si dia) marah nanti." Aku tak faham. Dalam kepala aku tengah flashback balik. Aku rasa last dia jumpa si dia happy-happy. Time tu kan bagi hadiah. Pelik bin ajaib. So, aku pun tanya. Kenapa? Dia pun cerita lah. Isi surat yang dia bagi.

Isinya, dia tegur si dia jangan mesra alam sangat. Aku tak ingatlah istilah yang dia guna, tapi meaning dia mesra alam la bagi aku. Dia punya muqaddimah pun pedas jugak. Aku yang dengar pun naik angin. Keh keh. Naik angin la jugak. Suku je. Muqaddimah dia begini, contoh nama dia Alia (bukan nama sebenar) dan si dia aku label sebagai N : "Alia tegur ni, Alia harap N tak terasa. Tapi memang nak suruh terasa pun!"

Pastu, akhir- akhir dia ada bagi kata-kata Saidina Ali kalau tak silap, "Orang yang bijak ialah orang yang menerima teguran orang lain." Aku takde komen untuk ni. Sebab benda ni tak boleh dinafikan. Tak terima teguran tu dah memang salah. So takde excuse untuk pertikaikan kata-kata tu walaupun kalau dituju kepada seseorang, orang itu akan terasa dirinya dikatakan tidak bijak, atau lebih tepat, BODOH!

Sejak hari tu, si dia dingin. Sapaan dibalas "Sorry N takde mood nak bercakap sekarang." Puas dikejar, tapi KR sedar kejar dia time ni hanyalah sia-sia. KR mintak cadangan aku, macam mana nak pulihkan keadaan. Aku pun bagi pendapat tak seberapa aku ni tentang tindakan dia, Bagi aku, si dia mesra dengan perempuan je. Manja-manja, lagipun kita tak boleh halang natural habit sesorang. Selagi mana tak bertentangan dengan syariat Islam. Lagi satu, pendapat aku sikap dia tu sikap terpuji sebab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pun mesra dengan ahli keluarga serta sahabat baginda. 

Bukannya si dia melampau batas yang sepatutnya. Korang faham kan maksud aku? And then aku nampak dia macam sedar lah kut. Dia pun minta cadangan aku. Ni yang tak best ni. Dah masuk dah part kesilapan aku yg takkan aku lupakan. Huhu. *Lap peluh*

Aku kata kat KR aku, apa kata kau bagitahu si dia yang surat tu hanyalah gimmick je. Macam budus saje cadangan aku ni. Tapi KR terima bulat-bulat. Aku pun kenalah plan pulak macam mana nak jumpa si dia sebab si dia memang payah nak diajak bercakap time tu. Tapi aku berjaya jugak lah bercakap dengan si dia. Kitorang (aku n KR) balik dari masjid lebih lewat sikit daripada biasa. Plan kitorang, akan jumpa kat kantin. Sampai kat luar kantin, KR terhendap-hendap cari si dia dari luar. Okay, dah nampak. Kedudukan dia pulak strategik. Kitorang menyusup masuk buat- buat tak nampak jalan depan dia pergi ke meja depan dia dan duduk membelakangi si dia. Mujur kat situ ada kawan kitorang yg lain. Jadi takdelah macam pelik sangat. 

Selang beberapa minit, kitorang bangun dan kononnya nak keluar la so lalu belakang dia. And stop di situ. KR blur. Tak tahu nak buat macam mana. Dia suruh aku yang pergi tegur dari belakang. Aku tak nak. Maunya aku kena sembur depan khalayak ramai tu, biru muka aku karang. Tapi sebab dia duk paksa, malu jugak aku orang lain tengok. Aku pun pergi la jugak. Aku tegur dia, dia pusing belakang nampak aku dia senyum tawar. Si dia tanya kenapa, tapi tak sempat aku jawap dia potong, " Kalau nak cakap pasal tu tak payahlah. N takde mood!" Masam mencuka dan berpaling berbual dengan gengnya. Aku telah liur. Berpasir rasanya walaupun aku berbuka dengan nasi, bukannya pasir. Bismillah tawakkaltu 'alallah. Aku panggil dia lagi. Time tu aku dah tak fikir pasal orang lain yang memandang. Dia tak toleh. Aku teruskan juga. Aku kata, "N, surat tu gimm..." Tak sempat habis KR terjah dari belakang. Dia tolak aku ketepi dan ambil kerusi yang aku duduk tadi. Aku terkesima. Nasib baik lah tak jatuh. Karang tak pasal-pasal malu setahun. KR berkali-kali memohon maaf. Dan bersungguh-sungguh memberitahu bahawa surat itu hanyalah gimmick. Perasaan aku bercampur baur. Aku tak sedap hati.


*Bersambung


Saya Blogger Baru :)



‎بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم


Pheww!
Letih. (Lap peluh di di dahi)

Siapa kata kerja suri rumah low-class?
Tak semestinya suri rumah tu takde ijazah. Mana tahu, dia lebih educated daripada kita. Tapi dia lebih memilih untuk jadi suri rumah tangga. Kerja dia mulia, so jangan main hina orang kerja suri rumah! 

Bukan marah, nasihat :)
Keh keh keh. But that's not the main point for this entry today.

Huu letihnya. Letih membersihkan blog ni. Blog yang sudah kutinggal hampir 3 tahun. Blog yang pernah menjadi sebahagian daripada rutin harianku. Blog yang kini penuh dengan sarang labah-labah, sarang semut, sarang anai-anai, sarang tikus, sarang kucing, sarang tebuan, sarrr.. (Banyak pulak cakapnya pun -.-)

Naik juling mataku ini, dek lama bermain dengan html code. Pehh ayat, kalah sasterawan!! (Menang budak tadika) Okay okay, maafkan keloyar-burukan daku. Keh keh.

Mungkin takde yang baca dah blog aku ni. Tapi, aku tetap nak ceritakan perjalanan seorang blogger setelah 3 tahun tidak berjalan di atas titian blogspot. Keh keh keh.

Mula-mula mestilah nak sign in dulu kan. Dan disitulah bermulanya ujian tahap kesabaranku ini. Dengan lagak selamba, taip email dan password laju-laju. Happy lah konon lama tak buka. Mana tahu followers naik 2 kali ganda! Keh keh. Jangan ditiru niat ini. Sangat menjejaskan rohani dan jasmani. Okay sambung, punyalah confident tahap Giant dalam cite Doraemon (Apekah??), tapi at last salahhh !! Kuang kuang kuanggg.. @.@

Takpe takpe, try lagi. ******** [ENTER].
WRONG PASSWORD! waa, time tu redha je lah kan. Dalam hati, kali ketiga aku buat kalau tak jadi jugak biarlah. Pasrah menyerah rah rah rah dah aku waktu tu. ******** [ENTER].
Dannn alhamdulillah BERJAYA!! 

Ramai jugak feedback kat chat box. Blog cabuk-mabuk-berhabuk macam ni pun orang kata lawa. Keh keh keh. Ketawaku sendirian. Takpe, sebab orang dah puji, kenalah buktikan. Tapi sempatlah aku su'zhon dengan diorang. "Ala, blog aku tak lawa pun puji lawa. Nak suruh aku follow la tu." Astaghfirullah.. T.T

Sedang mata melilau-lilau, tangan menyekroll-kroll (Scroll la, ayat zaman dulu keh keh..) TIBA-TIBA....

Aku terperasan akan beberapa kecacatan pada blog aku. Seingat aku masa aku tinggal, lain. Apa pulak penyakit dia? Font jadi lain, jadi besar-besar. Sidebar tak kemas. Dan background bertukar ke default. Sabo aje lahh. Aku tak fikir ada penggoda penggodam yang goda godam blog aku ni. 
So, apa-apa pun kenalah betulkan balik. Aku pun pergilah kat Template - Edit Html. Sekali lagi dahiku berkerut 15 lapis. Apesal pendek je html code blog aku? Pelik bin ajaib. Aku pun scroll ke bawah tengok apa yang hilang. Memang pelik dan lain sangat. Kod-kod yang dulu yang aku guna kalau nak edit and design blog dah hilang!!

Apa lagi, aku pun cepat-cepat ke rumah jiran sebelah dan bertanya dengan Pak cik Google yang jauh berpengalaman. Rupa-rupanya semua blog macam tu. Diorang buat new interface. Memang jadi macam ni. Sedihnya, macam mana nak design template blog ni...

Walau bagaimanapun, life must move on. So, terpaksarela lah aku edit kat css code. Payah sangat-sangat. Bukan semua yang jadi. Boleh dikatakan, setakat yang aku try n error hari ni hanya 30% yg menjadi. Jadi macam rugi pulak tutorial yang aku simpan dan hafal dulu. 

Dan satu lagi, kepada blogger yang guna tutorial blog ni, mungkin boleh dikatakan semua dah tak berfungsi. Aku pun tak try semua lagi. Letih melayan Kak Era a.k.a Error semua tu. Tapi seperti mana yang aku cakap, aku nak ubah sikit blog aku. Beribu kali tak jadi. Lebih-lebih lagi part nak tukar background blog, aku pun tak tahu apa masalah dia kenapa susah sangat nak tukar. Tukar tak bertukar jugak. Tapi (Banyak tapinye pun), alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah, berjaya juga aku tukar. Problem dia aku rasa mungkin freeze. Sebab aku guna Picture Window, then aku tukar ke Simple Template, pastu tukar balik ke Picture Window. Baru boleh tukar background. Tapi risiko dia semua yang aku design dulu-dulu lenyap ditelan bumi. 

So, apa lagi, aku terpaksarela lagi sekali untuk design balik. Macam yang aku kata, susah sangat. Memang majoriti tak menjadi. Dan setelah berputus asa untuk hari ini, jadilah ia macam yang anda-anda dan kamu-kamu dan awak-awak (Marah cikgu BM) nampak sekarang. Sekian. Tamatlah sudah kisahku ini. Terima kasih kerana membaca entry yang mungkin tiada manfaatnya. Tapi, aku harap korang tetap positif dan kreatif dengan mencipta pengajaran sendiri untuk kisah ini.


UPDATE!!

Hahaha. Alhamdulillah, rupa-rupanya ada cara nak edit html macam dulu-dulu.

Keep in touch. 
Wallahu'alam.